SMK Permata Jaya

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


MATLAMAT STRATEGIK

  1. Mempunyai barisan pemimpin pengurusan yang berintegriti
  2. Mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah
  3. Melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global
  4. Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian
  5. Mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti
  6. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan

MATLAMAT SEKOLAH


Melahirkan tenaga manusia yang berilmu, berbudi bahasa, berdisiplin, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berteknologi dalam masyarakat bagi memenuhi keperluan negara maju menjelang tahun 2020


OBJEKTIF SEKOLAH

  • Meningkatkan kualiti pendidikan dari segi pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan sahsiah secara berterusan bersesuaian dengan perkembangan semasa dan terkini
  • Meningkatkan semangat cinta akan sekolah dan perasaan kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan
  • Meningkatkan perhubungan yang akrab dengan masyarakat setempat menerusi permuafakatan
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sekolah ini


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis  dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.


PIAGAM PELANGGAN

Dalam merealisasikan wawasan untuk menjadikan SMK Permata Jaya sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi maka kami dengan sepenuh tekad dan iltizam berjanji akan menyempurnakan hak-hak pelanggan kami seperti berikut

·    Meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum untuk menjadi sekolah  berprestasi tinggi di Batu Pahat
·    Membimbing pelajar membentuk disiplin yang baik dan memupuk sahsiah yang mulia melalui penghayatan nilai-nilai murni selaras dengan aspirasi negara
·    Melahirkan generasi pelajar yang berbudi bahasa dan berbudaya penyayang
·    Meningkatkan profesionalisme guru-guru dan kakitangan sekolah melalui program yang terancang bagi mempastikan pendidikan yang berkualiti
·    Mewujudkan budaya kerja cemerlang yang mesra, cekap, amanah dan tepat untuk melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
·    Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum.
·    Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, sihat, ceria dan menarik supaya pelajar-pelajar dapat belajar dengan penuh minat dan bersemangat.
  • Memberi kerjasama padu kepada pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Organisasi Awam dan Swasta